Friday 2 May 2014

habis satu chapter kehidupan....

lama rasanya tak update blog.. rindunya..

kali ni nak update pasal aku sudah berjaya menghabiskan latihan PALAPES selama tiga tahun..

tinggal untuk ditauliahkan jaa nanti pada bulan Ogos.. 

1 step closer to Leftenan Muda.. (^__^)

Ya Allah cepat sungguh rasanya masa berlalu..

pasti aku akan merindui saat2 aku belajar di universiti ni..

kenangan yg mendatang itu ada pengajaran bg diri ini..


di PALAPES aku dpt belajar bermacam2 ilmu yg berkaitan ketenteraan, kehidupan, persahabatan dan byk lagi..

ikatan persahabatan kami disini dah mcm adik beradik..

aku mempunyai 66 orang adik beradik yg telah bersusah payah bersama2, menangis bersama, makan minum bersama.. 

walau apa jua yg kami hadapi, kami tabah harunginya..






















sejujurnya selama aku bersama keluarga PALAPES ni aku berasa gembira..

kami tak penah lekang dari bergelak ketawa walau kdg2 tu ada dukanya..

itu asam garam kehidupan..

aku sayang korang sgt2..(^__^)


"ambillah waktu utk bersahabat, itu adalah jln menuju kebahagiaan..
ambillah waktu utk tertawa, itu adalah muzik yg menggetarkan hati..
ambillah waktu utk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti..
ambillah waktu utk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan..
ambillah waktu utk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga..." 








No comments:

Post a Comment