Friday 30 May 2014

where is the love????


ketika umur sebegini sudah ramai anak muda seperti aku tidak lepas dari memikirkan soal cinta..
umur seperti aku juga sudah ada yg mendirikan rumah tangga..
itu suma soal jodoh dan rezki masing2...
aku akui kadang kala aku mencemburui mereka yg mempunyai perasaan cinta itu..
jauh disudut hati ini, teringin untuk bercinta..
tapi aku lebih yakin bahawa Allah sedang menjaga cinta ku untuk orang yang sesuai dan pada waktu yang sesuai..
sesungguhnya aku hanya hamba yang kerdil yang menyerahkan segala kehidupan ku pada yang Maha Berkuasa..


ada yg mengatakan bercinta ni diibaratkan sebagai memilih perahu untuk berlayar..
kalau tersalah pilih boleh bocor di tengah lautan..
orang kata bercinta tu biarlah membawa sampai ke penghujung yg menggembirakan iaitu gerbang perkahwinan..
jika tersilap memilih cinta ia akan memeritkan drpd tidak mencintai orang langsung..
kerana seumur hidup kita dan waktu kita akan terbuang bersama orang salah dan orang yg tidak akan dpt bersama kita dalam mencipta kebahagiaan..
 cinta seorang lelaki kpd wanita adalah fitrah yg diciptakan oleh Allah SWT di dlm jiwa manusia..
"dan diantara tanda2 kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung & merasa tenteram kepadanya & dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. sesungguhnya pada yg demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yg berfikir" (Surah Ar Rum:21)

 BERCINTA MENAMBAH MUSUH??? 
seramnya... takotnya dengar kenyataan mcm ni..
sebab apa jadi lagu ni??
sbb bila dok syok2 bercinta, after break up tentulah bekas kekasih yg jadi manusia yg paling di benci.. ye dokk??
 bila terpandang jaa wajah bekas kekasih mula laa mencemuh dan mengeluarkan umpatan yg kurang enak.. takutkan jika berlaku begini..


cinta sebenarnya bukanlah sesuatu yg kotor kerana kita lah yg membuatkan cinta itu kotor @ suci..
kitalah yg mencorakkan cinta kita..
cinta mengandungi segala makna kasih sayang, keharmonian, penghargaan & kerinduan..
cinta itu hendaklah dikawal, bukan dihalang..
kerana cinta adalah fitrah..



Friday 2 May 2014

cerita 1 Mei 2014


1 Mei 2014 kebetulan jatuh pada hari Khamis..
maka dgn itu tiadalah sebarang kuliah yg dijalankan..
sedang aku melayan radio d pagi hari, geng aku ajak pi tasik..
kat u aku ni yg best nya ada byk kwsn semulajadi yg cantik & indah..
slalu aku pi kayak di tasik MAS, tp kali ni geng aku ajak pi tasik Perindu..
kat mana tu??
first time aku baru tahu kat belakang lapang sasar u aku ni ada sebuah tasik yg dikenali tasik Perindu..
dah sem last baru aku tahu..


ni tasik Perindu..

tak pernah aku tahu kat belakang tu ada tasik..

geng aku ajak main kayak kat situ, tp malangnya kayak tu rosak..
so tak boleh laa kami nk kayak..
kami pon mandi manda jaa di situ..
mcm biasa laaa.. aku memang gagal bab nk berenang..
dan aku juga takut utk mandi di tempat yg dalam..
huhuhuhuhu..
tapi geng aku memang tak pernah kedekut ilmu.. 
masing2 ajar sapa yg tak reti berenang..













thorrrbaekkk aarrr geng...
selama aku bernyawa 22tahun, ni laaa first time aku belajar berenang..
nak berenang ni kne ada confident level yg tinggi..
aku selalu tgk org yg berenang, menyelam, scuba diving dan lain2 lagi mcm best jaa diorg terjun masuk ke dalam dasar air..
bila tiba part aku nk kne wat, mula laa aku gelabah...
pucat abih oooiii... huhuhuhu..
tapi apa pun aku memang seronok dpt belajar sesuatu yg baru..
tima kasih byk2 geng.. 
sebab sudi kongsi ilmu & ajak aku..
klau tak ajak, memang sampai bila2 pon aku tak tahu berenang.. (^__^)
tima kasih sebab bagi aku pengalaman baru..


"persahabatan itu umpama aliran air sungai yg mengalir seirirngan, 
sama2 menuruni lembah dlm sama2 mudik ke kuala,
sama2 menyambut aur & sama2 kekeringan  kala kemarau tiba,
sama2 menyuburkan bumi meresap ke bumi & mengalir semula tanpa rasa jemu,
begitu utuhnya jika dilihat dlm sebuah ikatan persahabatan yg terjalin.."







habis satu chapter kehidupan....

lama rasanya tak update blog.. rindunya..

kali ni nak update pasal aku sudah berjaya menghabiskan latihan PALAPES selama tiga tahun..

tinggal untuk ditauliahkan jaa nanti pada bulan Ogos.. 

1 step closer to Leftenan Muda.. (^__^)

Ya Allah cepat sungguh rasanya masa berlalu..

pasti aku akan merindui saat2 aku belajar di universiti ni..

kenangan yg mendatang itu ada pengajaran bg diri ini..


di PALAPES aku dpt belajar bermacam2 ilmu yg berkaitan ketenteraan, kehidupan, persahabatan dan byk lagi..

ikatan persahabatan kami disini dah mcm adik beradik..

aku mempunyai 66 orang adik beradik yg telah bersusah payah bersama2, menangis bersama, makan minum bersama.. 

walau apa jua yg kami hadapi, kami tabah harunginya..






















sejujurnya selama aku bersama keluarga PALAPES ni aku berasa gembira..

kami tak penah lekang dari bergelak ketawa walau kdg2 tu ada dukanya..

itu asam garam kehidupan..

aku sayang korang sgt2..(^__^)


"ambillah waktu utk bersahabat, itu adalah jln menuju kebahagiaan..
ambillah waktu utk tertawa, itu adalah muzik yg menggetarkan hati..
ambillah waktu utk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti..
ambillah waktu utk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan..
ambillah waktu utk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga..."