Friday 30 May 2014

where is the love????


ketika umur sebegini sudah ramai anak muda seperti aku tidak lepas dari memikirkan soal cinta..
umur seperti aku juga sudah ada yg mendirikan rumah tangga..
itu suma soal jodoh dan rezki masing2...
aku akui kadang kala aku mencemburui mereka yg mempunyai perasaan cinta itu..
jauh disudut hati ini, teringin untuk bercinta..
tapi aku lebih yakin bahawa Allah sedang menjaga cinta ku untuk orang yang sesuai dan pada waktu yang sesuai..
sesungguhnya aku hanya hamba yang kerdil yang menyerahkan segala kehidupan ku pada yang Maha Berkuasa..


ada yg mengatakan bercinta ni diibaratkan sebagai memilih perahu untuk berlayar..
kalau tersalah pilih boleh bocor di tengah lautan..
orang kata bercinta tu biarlah membawa sampai ke penghujung yg menggembirakan iaitu gerbang perkahwinan..
jika tersilap memilih cinta ia akan memeritkan drpd tidak mencintai orang langsung..
kerana seumur hidup kita dan waktu kita akan terbuang bersama orang salah dan orang yg tidak akan dpt bersama kita dalam mencipta kebahagiaan..
 cinta seorang lelaki kpd wanita adalah fitrah yg diciptakan oleh Allah SWT di dlm jiwa manusia..
"dan diantara tanda2 kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung & merasa tenteram kepadanya & dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. sesungguhnya pada yg demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yg berfikir" (Surah Ar Rum:21)

 BERCINTA MENAMBAH MUSUH??? 
seramnya... takotnya dengar kenyataan mcm ni..
sebab apa jadi lagu ni??
sbb bila dok syok2 bercinta, after break up tentulah bekas kekasih yg jadi manusia yg paling di benci.. ye dokk??
 bila terpandang jaa wajah bekas kekasih mula laa mencemuh dan mengeluarkan umpatan yg kurang enak.. takutkan jika berlaku begini..


cinta sebenarnya bukanlah sesuatu yg kotor kerana kita lah yg membuatkan cinta itu kotor @ suci..
kitalah yg mencorakkan cinta kita..
cinta mengandungi segala makna kasih sayang, keharmonian, penghargaan & kerinduan..
cinta itu hendaklah dikawal, bukan dihalang..
kerana cinta adalah fitrah..



No comments:

Post a Comment