Thursday 19 July 2012

APOM COMEL~~

ok lagi 2 ari seluruh umat manusia yg beragama ISLAM akan menjalani ibadah puasa.
SELAMAT BERPUASA semua..=)
tapi sebelum tu aku nk wat laa rajin2 sikit..
aku n kawan aku liyana, kami telah sepakat nk wat apom comel..
apom comel??? apa tu??

                                         .......ni laaa APOM COMEL........

tetiba mai mood rajin macam2 laa nk wat...
selalu nya mak aku ajar wat kek or muffin yg bakar jaa..
kali ni kwn aku telah ajar apom.. juz kukus jaa..
senang laa wehhhhhhhhh..
geram gilerrrr bila siap sumanya.. sayang nya nk mkn..
aissshhh apa laa ko wawa.. hg igt ni mainan ka..
ehehehhehehe..









ok tadaaa dah siap..
selamat menjamu selera yaa kawan2..=)


resepi apom comel..~~
BAHAN-BAHAN:
  • 140gm tepung gandum | diayak bersama
  • 1 ½ sudu teh serbuk penaik | diayak bersama
  • 110gm gula halus
  • 75ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh 'ovalette'
  • ½ sudu teh perisa strawberi
  • Inti: Jem stroberi secukupnya
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit pewarna putih
  • Sedikit pewarna hijau
  • 30 keping mangkuk kertas
CARA MEMASAK:
  1. Putar telur dan gula halus sehingga kembang di dalam mangkuk adunan.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan serbuk penaik diselang selikan dengan susu segar.
  3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa strawberi dan putar sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, kemudian titiskan pewarna merah, putih dan hijau.Adun setiap adunan.
  5. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam beg paiping yang berbeza.
  6. Paipkan separuh adunan merah ke dalam mangkuk kertas.
  7. Kemudian, masukkan inti strawberi secukupnya dengan menggunakan beg paiping.
  8. Paipkan lagi adunan merah sehingga hampir penuh.
  9. Kemudian, paipkan adunan berwarna hijau untuk membuat tampuk buah strawberi.
  10. Selepas itu, paipkan bentuk dot di bahagian atas apam dengan warna putih.
  11. Kukus selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak.

    #selamat mencuba# 

No comments:

Post a Comment